logo blog

BUKAN SAYA PUNCANYA- MAAF

BUKAN SAYA PUNCANYA- MAAF

loading...



Hubungan cinta antara Emma Maembong dan Kamal Adli jelas punya masalah dan mungkin bakal temui jalan buntu. Malah, Emma sendiri meminta agar semua mendoakan sahaja yang terbaik untuk hubungan mereka.
Namun, tidak semena-mena, nama pelakon tinggi lampai, Fathia Latiff turut terpalit sama.

 Semuanya gara-gara pelakon Ariana Rose itu baru sahaja menjalani penggambaran bersama dengan Kamal di Barcelona.
Jelas terkesima dan tidak percaya dengan desas-desus itu, pelakon berusia 29 ini pantas menafikan.
 Malah, dia juga tidak pernah walau sekali terfikir akan terlibat dalam masalah percintaan antara kedua-dua pelakon itu.

“Kalau benarlah dakwaan tersebut wujud, bagi saya itu hanya khabar angin. Kami hanya berlakon bersama, kena profesional. Lagipun sebagai pelakon, Emma atau sesiapa pun perlu bersikap profesional.
“Dulu dia pun ada berlakon bersama Aiman, saya tidak pernah cemburu apa pun. Malah, sebagai pelakon kita akan berlakon bersama ramai artis lelaki. Saya rasa ini hanyalah gosip yang tidak munasabah. Sengaja dicipta orang,” katanya.
Namun nampaknya kisah sensasi pelakon Rumi dan Jawi tidak berakhir di situ. Baru-baru ini, kecoh sebentar dunia hiburan apabila ramai peminat mengkritik cara pemakaian tudung Fathia semasa berada di Barcelona.
Fathia yang telah memuat naik sekeping gambar yang menampakkan anak rambutnya mengundang komen sinis daripada pengguna laman sosial. Malah, ada yang mempersoal niat sebenar pelakon filem Nur Kasih ini memakai hijab.
Namun, ternyata pelakon itu tidak melenting apabila dikritik.

 Malah, dia menganggap kritikan dan komen pedas peminat sebagai satu ruang untuk pelakon ini memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
“Saya akui memang nampak anak rambut itu, tapi biasalah mana-mana wanita yang bertudung pun pasti akan mengalami masalah sama. Malah, saya juga kaburkan gambar itu tapi ternyata masih ada yang mengkritik.

“Allah maha pengampun, saya bukan sengaja hendak tunjuk. Kadang-kadang kita tidak dapat kawal semua, mana yang tidak elok saya cuba betulkan. Kita manusia mana ada yang sempurna,” katanya.
Terpilih sebagai salah seorang alih suara bagi filem Kabali dan menjalani proses tersebut di Chennai. Fathia mengakui tidak mengenali pelakon, Rajinikanth namun sangat teruja apabila diberi peluang bekerja dengan produksi luar.
Biarpun ada yang mula melabel Fathia sebagai diva, namun pelakon ini menolak persepsi tersebut. Namun, dia mengakui pelakon perlu mempunyai strategi dan permintaan dalam mengatur hala tuju perjalanan seni.
Bakal muncul dengan drama Tercipta Untuk Ku, pelakon ini nampaknya sudah mula mencintai dunia perniagaan yang baru diceburi. Namun, dia tidak pernah terfikir untuk meninggal dunia seni.
sumber - utusan
loading...

Bagikan Artikel ini:

Komentar Anda
Copyright © 2016. Lepat Pisang - All Rights Reserved