loading...
Dari dulu sehingga sekarang, kita boleh lihat perubahan dan kelainan pada nama anak-anak yang baru lahir diberi, dulu namanya cukup ringkas dan sudah pasti mudah dipanggil dengan nama penuh.
Namun kini nama panjang-panjang sudah menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia, ada yang bercampur dengan pelbagai bahasa dan berubah ejaan untuk sebutan yang sama.
Namun, ianya bukanlah satu kesalahan selagi membawa maksud yang baik seperti yang dituntut oleh agama, cuma ia satu kerugian bila nama terlalu panjang sudah pasti kita akan panggil dengan nama pendek, ruginya kerana nama anak itu sebenarnya adalah satu doa kepadanya.
Seperti penerangan dari Ustaz Mohd Gunawan Che Ab. Aziz nama yang diberikan bukan sekadar untuk kehidupan di dunia, bahkan akan dibawa sehingga ke akhirat. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Huraiarah ra , Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya kamu akan dipanggil dengan nama kamu di akhirat nanti”.
Pada nama juga terdapat keberkatan daripada orang yang dinasabkan nama itu. Oleh sebab itu, umat Islam sangat digalakkan menggunakan nama Muhammad SAW.- siakap keli
loading...