logo blog

WAJAH KUCING YANG MAKAN 13 KAWANNYA UNTUK HIDUP SETELAH DI TINGGAL TUAN

WAJAH KUCING YANG MAKAN 13 KAWANNYA UNTUK HIDUP SETELAH DI TINGGAL TUAN

loading...
ADELAIDE - AUSTRALIA. Badan kebajikan dan kekejaman haiwan RSPCA menemui 13 bangkai kucing dan seekor kucing yang masih hidup selepas menyerbu sebuah rumah di selatan Australia.

Laporan BBC mengatakan 14 kucing tersebut mula makan bangkai 'rakan' mereka yang telah mati akibat kelaparan pada September tahun lepas.

Hanya seekor kucing bernama Trooper terselamat dan ditemui dalam keadaan kurang nutrisi ketika serbuan.

Tuan kepada kucing-kucing berkenaan, seorang wanita berusia 43 tahun kini dihukum berkelakuan baik selama 12 bulan dan diharamkan daripada membela sebarang jenis haiwan.

Ketua Inspektor RSPCA, Andrea Lewis menyeru kepada orang ramai supaya menjaga haiwan mereka dengan baik.

"Kita tidak patut meninggalkan haiwan belaan kita begitu sahaja," kata Andrea.

Andrea juga menggesa haiwan belaan diberikan kepada sahabat atau saudara-mara jika pemilik terpaksa meninggalkan haiwan mereka untuk tempoh yang lama.
loading...

Bagikan Artikel ini:

Komentar Anda
Copyright © 2016. Lepat Pisang - All Rights Reserved