logo blog

GEGAR VAGANZA - SUAMI NORA BUAT LAPORAN POLIS

GEGAR VAGANZA - SUAMI NORA BUAT LAPORAN POLIS

loading...
GEGAR VAGANZAA  SUAMI NORA BUAT LAPORAN POLIS

Gara-gara enggan menyanyikan lagu yang diberikan pada konsert Gegar Vaganza di minggu akhir, Nora Ariffin menerima pelbagai cemuhan dari peminat yang tidak berpuas hati. Geram dengan tuduhan peminat di laman sosial, suami, Johan Nawawi membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang melemparkan fitnah kepada isterinya.



“Buat masa sekarang saya berdiam diri dahulu. Tetapi jika selepas ini masih ada komen-komen yang dilemparkan berbaur fitnah saya tak teragak-agak untuk membuat laporan polis. Saya sudah membuat beberapa paparan skrin akaun pengguna laman sosial beserta komen mereka yang memfitnah saya dan keluarga. Bagi saya perkara itu mengganggu ketenteraman kami”




“Kalau nak komen atau kritik berkenaan nyanyian tak mengapa. Tapi apabila sampai tahap memfitnah itu sangat keterlaluan. Kenapa perlu menuduh saya membayar pihak Astro agar isteri mendapat lagu yang sesuai dengannya. Lebih teruk apabila ada komen mengatakan isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan VIP,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa yang sama, Johan turut merujuk serta mendapatkan nasihat daripada bahagian siasatan jenayah siber Polis Diraja Malaysia Bukit Aman berhubung dengan perkara berkenaan. Semalam pula, Johan telah memuat naik status di laman Instagram berkenaan sikap kurang ajar peminat yang menabur fitnah terhadap isterinya serta tidak sensitif dengan isu ini.


Terdahulu, Nora dikatakan bertindak menukar lagu daripada genre dangdut kepada rock pada minggu keenam sehingga mengundang kemarahan peminat rancangan itu. Tidak habis dengan itu, timbul pula isu Nora enggan menyanyikan lagi yang diberikan kerana merasakan ia tidak bersesuaian dengannya dan memutuskan untuk menyanyi lagu sendiri.- roti kaya.com
loading...

Bagikan Artikel ini:

Komentar Anda
Copyright © 2016. Lepat Pisang - All Rights Reserved