loading...
SUMBER ROTI KAYA
elepas kejadian Sari Yanti meluahkan perasaan cintanya ketika Jep Sepahtu live di Instagram, ramai yang mula teruja melihat gelagat pasangan ini yang seolah sedang dilamun cinta. Dan kini menerusi ruangan Diva, ada gosip mengatakan pasangan ini bakal bertunang pada bulan ini.
BACA: “Handsomenya, I Love You”
“Jadi, Diva tidak terkejut apabila diberitahu dengarnya Jep dan Sari Yanti bakal melangkah ke fasa baharu dalam perhubungan iaitu mengikat tali pertunangan dalam bulan ini. Setahu Diva, apabila ditanya kedua pihak berhubung perkara ini, biasalah masing-masing masih lagi berteka-teki”
“Cuma apabila melihat jawapan-jawapan yang diberikan Jep ketika dalam rancangan Sepahtu Reunion Live seolah-olah membayangkan sesuatu betapa hubungan mereka bukan sekadar teman biasa, malah lebih daripada itu,” tulis Kosmo Online menerusi ruangan gosip Diva.
Bukan itu sahaja, malah sebelum ini juga Jep pernah menyatakan perasaan selesanya ketika bersama Sari Yanti. Bagaimanapun kedua belah pihak masih berteka-teki dengan status sebenar hubungan mereka. Biasalah selebriti, jika ditanya pasti sahaja dijawab hanya teman biasa.
loading...