logo blog

BERITA BAIK ORANG JOHOR -Rumah mampu milik termurah di Johor

BERITA BAIK ORANG JOHOR -Rumah mampu milik termurah di Johor

loading...



Muar: Hanya kerajaan Johor menawarkan rumah mampu milik dengan harga serendah RM42,000 sehingga RM250,000 di negara ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, harga itu dilihat termurah di pasaran berikutan kerja-kerja pembinaan dilakukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan rumah dibina di tanah kerajaan.

Menurutnya, dalam projek pembangunan Taman Perbadanan Islam Maharani dimajukan Kumpulan Perbadanan Islam Johor (PIJ) Holdings di Jalan Khalidi di sini, 1,570 rumah mampu milik dibina untuk penduduk daerah ini.

"Menerusi Program Pelan Suara Hati Johor, kami menerima maklum balas penduduk berkaitan masalah rumah mampu milik.

"Berikutan itu, kami berusaha untuk menyediakan rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan penduduk," katanya pada Majlis Pecah Tanah Taman Perbadanan Islam Maharani di Jalan Khalidi di sini, hari ini.
loading...

Bagikan Artikel ini:

Komentar Anda
Copyright © 2016. Lepat Pisang - All Rights Reserved