loading...
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja pelakon Ben Ali dikatakan bercinta dengan aktres jelita, Mira Filzah apabila mereka sering dilihat bersama ketika menghadiri acara hiburan.
Enggan cepat melatah, Ben yang ditemui di majlis rumah terbuka syarikat pengurusan artis, Fastyle baru-baru ini tenang menjelaskan perkara sebenar.
Jelas Ben, Mira hanya sekadar sahabat karib dan tiada istilah cinta sepanjang tiga tahun saling mengenali.
“Jangan salah faham. Memang betul kami rapat tetapi tidak lebih daripada seorang kawan.
“Saya yang bawa masuk Mira ke dalam industri awal tahun lalu. Kami sering dilihat bersama kerana dia selalu minta nasihat dan tunjuk ajar mengenai selok-belok dunia hiburan tanah air daripada saya,” katanya
loading...